Engkau Jauh Yang Dekat



Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum




Engkau jauh,
Tetapi dekat,
Berpisah jarak,
Namun saban waktu merapatkan.

Jauh berpisah tubuh,
Tetapi di dalam jiwa terasa dekat.

Kadang aku takut,
Perasaan ini hanya kerana jauh.
Namun aku cuba yakin,
Bahawa ini tanda kita ada hubungan yang utuh.

Tiada siapa tahu apa akan terjadi,
Saat benar kita akan betul merapat nanti,
Tetapi aku adalah yang menantimu saban waktu,
Dan yang berjanji akan membahagiakanmu.

Moga perasaan dekat ini,
Buat aku mampu lebih menghargaimu,
Saat engkau benar berada di hadapanku nanti,
Dan Ilahi jua yang menjadi saksi.

Moga cinta ini bukan sekadar dunia,
Tetapi menembus hingga ke syurga sana.



Terima kasih sudi baca . Suka ? Like jer . ehee .