Spontaneous Thursday #3







Pensil : Saya mintak maap .

Pemadam : Untuk ape ? awak tak buat ape-ape yang salah pown kat saye .

Pensil : Saya mintak maap sebab awak cedera disebabkan saya . Setiap kali saya buat kesilapan , awak sentiasa ada untuk saya . Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada . Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak . Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecik lagi setiap kali di sebabkan kesilapan saya .

Pemadam : Itu betul . Tetapi saya tidak kisah . Awak lihat, saya telah dilahirkan untuk melakukan tugas ini . Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari nanti saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru . Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya . Saya tidak suka melihat awak sedih , dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir .




  p/s : sweet yer . kalaularh pemadam n pensil boleh berkata-kata , mesti cakap mcm tu kan  ✿ 






Terima kasih sudi baca . Suka ? Like jer . ehee .

Jom Tambah Follower




✿ Nak join CUBIT SINI

p/s : jom join sekali . Bole tingkatkan follower kite . Disamping itu juga , bole berkenal-kenalan kan :)




Terima kasih sudi baca . Suka ? Like jer . ehee .

pesanan untukmu wahai sahabat ku :)






pesanan buat sahabat ku yang tersayang . 
kalau aku dah mati nanti , kau tolong sampaikan salam aku buat dye .
kalau aku mati , kau katakan aku sayang sangat pada dye .
kalau aku mati , kau ucapkan aku rindu pada dye .
kalau aku mati , kau sampaikan yang aku selalu ingat dye .
kalau aku mati , kau katakan yang jangan pernah dye tangisi aku di setiap hari-hari dye .
kalau aku mati , kau sampaikan yang aku menagih doa dari dye .
kalau aku mati nanti , kau jangan lupe ucapkan pada dye yang sahabat aku sampai ke hujung nafas ini ialah dye .
tolong yer sampaikan pesanan ini pada dye YA ALLAH .



Terima kasih sudi baca . Suka ? Like jer . ehee .

Nak Awet Muda Tak ?





Sape nak awet muda ? semua orang nak kan , tipu jer kalo kate tanak . ehee . Jom baca petua nie .



#tak payah nak pi spa sane spa sini . hanya mengamalkan perkara seperti dibawah sahaje .

 Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

 Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu . Pusingkan jari anda ke pipi , pipi ke  
        hidung dan seterusnya ke bahagian dahi .

 Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan   
       sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

 Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama
        10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

 Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

 Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

 Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan 
         berseri dan awet muda.

 Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang 
        berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

 Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.

 Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan 
        diakhiri dengan ibu jari kanan.

 Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan 
        akhirat. 

 Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat 
        dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

 Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

 Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

 Amalkan solat tahajud.

 Sentiasa tenang dan bersikap positif.

 Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

 Maafkan semua orang sebelum tidur.


p/s : jom sama-sama kita amalkan yer . elok untuk kesihatan jugak .


sumber DISINI .


Terima kasih sudi baca . Suka ? Like jer . ehee .

RABU KEDU #8









Terima kasih sudi baca . Suka ? Like jer . ehee .

Ya Allah sedih yer kalau ianya terjadi padaku :(






Bismillahirrahmanirrahim











---------------------------------------------------------------------------------------------


AWAK DAN SAYA 

selalu pergi sekolah sama-sama

makan sama-sama

main pown kite sama-sama


-------------------------------------------------------------------------------------------------

MASA SPM

result kite sama-sama GEMPAK

semua yer A jer . 


-------------------------------------------------------------------------------------------------


AWAK DAN SAYA SAMBUNG BELAJAR 

awak dapat IPTA

saya dapat OVERSEA 


-------------------------------------------------------------------------------------------------

KINI ...

 tiba untuk saya pergi 

awak jaga diri elok-elok ye 

♥ saya sayang awak 


-------------------------------------------------------------------------------------------------


MASA DEKAT OVERSEA 

 kita selalu berbalas email . satu hari , saya tak ingat bila . awak dah tak 

balas email saya . puas saya tunggu awak . selepas hari-hari berikutnya , saya

 terus terputus hubungan dengan awak . hati ini sedih sangat-sangat .


-------------------------------------------------------------------------------------------------

4 TAHUN BERLALU 

akhirnya saya dapat pulang ke malaysia . alhamdulillah . rindu yer kat 

kampung halaman . rindu jugak dekat awak . rindu sangat-sangat , sudah 

sekian lama kita tak berjumpa .



-------------------------------------------------------------------------------------------------

SAMPAI DIRUMAH 

saya terus menuju kerumah awak . kedatangan saya disambut baik oleh ibu 

awak . lepas itu saya cari awak . awak tahu ? saya belikan sesuatu untuk awak

 . awak mesti suka .


-------------------------------------------------------------------------------------------------


HATI SAYA IBARAT DIPANAH HALILINTAR

mak awak kata awak dah tiada . awak terlibat dalam kemalangan . air mata 

saya laju bagaikan hujan . saya dah kehilangan awak . saya kehilangan teman

 hidup yang terbaik . 


-------------------------------------------------------------------------------------------------


AWAKKK !!!

awak walaupown awak dah jauh dari saya , kenangan bersama awak tak akan 

saya lupa sampai bila-bila . apakan daya , ALLAH lebih sayangkan awak . 

semoga awak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman .

SAYA SAYANG AWAK !


-------------------------------------------------------------------------------------------------




p/s : ya allah mudah-mudahan cerita tersebut tak terjadi kepadaku n sahabat-sahabatku yang lain . lindungilah kami ya allah . moga suatu hari nanti aku n sahabat-sahabat yang laen dapat berkumpul semula . hargailah sahabat yang dikurniakan kepada kita . Sekian 


 





Terima kasih sudi baca . Suka ? Like jer . ehee .

RABU KEDU #7



♥ -----------------------------------------------------------------------------------------------------





♥ -----------------------------------------------------------------------------------------------------

#klik pic diatas untuk tgok anigif .





Terima kasih sudi baca . Suka ? Like jer . ehee .