Sape nak awet muda ? semua orang nak kan , tipu jer kalo kate tanak . ehee . Jom baca petua nie .
Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu . Pusingkan jari anda ke pipi , pipi ke
hidung dan seterusnya ke bahagian dahi .
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan
sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama
10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan
berseri dan awet muda.
Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang
berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan
diakhiri dengan ibu jari kanan.
Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan
akhirat.
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat
dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
Amalkan solat tahajud.
Sentiasa tenang dan bersikap positif.
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
Maafkan semua orang sebelum tidur.
p/s : jom sama-sama kita amalkan yer . elok untuk kesihatan jugak .
sumber DISINI .
8 Budak Comel Sudah Komen . Awak bila lagi ? ♥:
gua rasa nak setuju la! :)
@Anyyss Shuhaimi : yeah setuju2 . ehee ;D
hehe
rasanya awal lagi nak fikir awet muda.
tp layan je..
kadang-kadang try best jugak ni.
@budakijaupendek : awal2 la kene jage , nnti dah t'lmbat baru kite mnyesal . try la . ehee slmt mncube yer .
setuju sangat dgn tips ni...:)
@aiEz
: yeye nisa pown setuju . ehee
ni bukan setakat untuk awekmuda tapi untuk mndpt keberkatan..bagus2..thank 4 sharing :)
http://khayalan27.blogspot.com/
@CTK : yeah betul2 . sesame :)
AWAK KLIK KAT SINI UNTUK KOMEN YER ♥