Hye korang . Malam nie rasa tak mengantuk lagi . So nisa nak kongsi cerita nie dengan korang semua . Cerita seorang gadis (HAWA)
dengan si dye (ADAM)
Ouke jom kita start 
dengan si dye (ADAM)
Ouke jom kita start 
Tamat sudah cuti sekolah dan bermula larh hari persekolahan seperti biasa . Kini aku berumur 16 tahun dan berada di tingkatan 4 . Masa hari pertama persekolahan , aku mengikuti orintasi selama seminggu . Orintasi ini sangat membosankan . Macam2 aktiviti yang diadakan selama orintasi itu dijalankan . Errr benci orintasi . Cikgu bagi ceramah kat depan , aku dengan kawan2 berceramah kat belakang . Biasalah kalau dah lama tak jumpa kawan2 , macam2 cerita yang ada . Gosip la katakan .
Sekolah aku juga didatanggi pelajar baru . Warh ada pelajar lelaki . Pelajar baru tu memperkenalkan diri kepada kita semua . Nama dye Adam . Sedap nama dye . Adam seorang budak yang pandai . Masa PMR dye dapat 7A 1B . Aku ? urm biasa2 saja tak setanding dye . Dye pindah sini sebab ayah dye pencen . Sebab tu la dye pindah .
Kini tibalah cikgu untuk membahagikan kelas2 kepada murid2 . Masa tu aku mintak2 la masuk kelas perakaunan . Sebab aku minat akaun sangat2 . Yela aku selalu tengok ayah aku mengira-gira . Aku ada jugak tolong ayah aku . Sebab tu la aku minat sangat2 dengan subjek akaun nie . Semasa cikgu panggil nama dan sebutkan kelas , aku berdebar-debar . Mana tao dapat kelas yang aku tak minat . Nama member2 aku semua yea dah panggil dan dieorang tahu kelas diorang . Nama aku je belum . Aku pown pelik kenapa nama aku tak disebut lagi . Pastu aku tanya cikgu .
Hawa : Cikgu , nama saya tak ada pon . Saya masuk kelas mana cikgu ?Cikgu : Cikgu dah sebut la tadi . Tu larh bersembang jea tahu .Hawa : errr *sambil tundukan muka .Cikgu : Kamu kelas sains .Hawa : Hah . Betul kea cikgu ? *terkejut dan tak percaya .Cikgu : Tengok nie hah nama kamu .Hawa : A'ah la . urm ouke la cikgu *dengan perasaan sedih .
Sedih aku bila dapat tahu kelas yang aku tak minat . Dah larh berpisah dengan kawan2 plak tu . Kawan2 aku semuanya dapat kelas akaun . Aku satu kelas dengan Adam . Pastu kitaorang masuk kelas masing2 . Susun2 meja dan kemaskini apa yang kekurangan dalam kelas . Aku duduk di depan , Adam plak duduk di belakang . Masa tu kiteorang tak bertegur langsung . Lagipown Adam budak yang pemalu . Kami pandang2 macam tu jea . Tapi aku tengok dari segi perangai dye , dye budak yang sopan dan baik . Masa tu aku tak minat pown kat dye . Tak ada rasa apa2 perasaan pown kat dye .
Selang beberapa hari . Pembelajaran jalan seperti biasa . Aku dengan budak kelas aku belajar seperti biasa . Adam mula bergaul dengan budak2 kelas aku . Dye pown rapat dengan 3 orang budak nie iaitu Amer , Lia dan Tasya . Kemana-mana mereka pergi mesti bersama-sama . Dieorang dah jadi 1 geng . Dalam kelas , kalau cikgu takde , diorang la riuh . Kuat sangat sembang yea sampai 1 kelas boleh dengar . Dengan gelak ketawa lagi .
Kadang2 aku tak suka sangat dengan si dye tu sebab bising sangat . Sampai cikgu datang kelas kiteorang marah2 sebab kelas bising . Lagipown Adam jadi ketua kelas aku . Dye la kene marah dengan cikgu . HAHA padan muka . Tu la bising lagi . Aku ngan kawan2 ada jugak mengata dye . HEE jahat jugak aku nie
Kawan2 aku selalu cerita pasal dye dekat aku . Yela sebab kawan aku tinggal 1 taman dengan Adam .
Kawan2 aku selalu cerita pasal dye dekat aku . Yela sebab kawan aku tinggal 1 taman dengan Adam .Dayah dan Mira tinggal 1 taman dengan Adam . Dieorang la selalu cerita pasal adam dekat aku . Urm kadang2 rimas pown ada . Diorang kata Adam nie rajin . Selalu kemas rumah . Warh terkejut aku . Yela kebanyakan lelaki mana suka kemas rumahkan . Kawan2 aku cakap beruntung la sapa dapat Adam . Eleh beruntung la sangat .
Pejam celik pejam celik , waktu peperiksaan pown semakin hampir . Kiteorang diberi tugasan oleh cikgu untuk menghadapi peperiksaan nanti . Cikgu bahagikan kiteorang dalam beberapa kumpulan . Aku satu kumpulan dengan Adam . Semenjak tu la aku dengan Adam bertegur . Tu pown tegur sikit2 jea . Sikit2 tu la pastu jadi banyak . Start daripada tu sampai larh abis peperiksaan , Adam mula menyakat aku . Selalu dye kacau aku . Sehari tak sah kalau tak kacau . Rimas aku dibuatnya .
Ada 1 hari tu Adam . . . bersambung part 2 nanti yea 

p/s : maaf la kalau cerita nie tak menarik . hehe . nisa main reka jea . dah lama tak mengarang . mula2 tak best sangat kot . tengok nnti sambungan yang akan datang yea . nak perah otak dulu . mata pown dah mengantuk . HEE . Kalau tak best bagi la tahu . Komen2 . HEHE

























2 Budak Comel Sudah Komen . Awak bila lagi ? ♥:
Kemain lagi dia reka. Buat habiskan. baru best tahu ending..
hehe xtao buat ape . reka jela . hee btul ngak tu . nnti nak smbg :)